Monday, August 3, 2015

SESEKALI BUAT PROJEK SUKA-SUKI #THROWBACK

haiii all..

Hari ni rasa nak throwback satu projek suka-suki...

Jom tengok gambarnye dulu..




Haaa...ini yang pertama kalinya...buat wristlet

Bahagian poket yang tak sampai separuh tu, untuk letak pen..

So sesuailah wristlet ni untuk letak buku ke, surat-menyurat ke...mcm saya mula-mula dulu letak katelog avon..sbb dulu tu rajin ambik order barang avon dengan kawan-kawan..

Sekarang ni dah tak rajin dah :-P so saya kumpulkan semua sekali buku akaun bank sekeluarga letak dalam beg ni...kan senang nak mencari :-)

Material daripada jeans terpakai...kalau korang ada jeans yg dah tak boleh pakai, janganlah dibuang...boleh buat craft ngan jeans terpakai ni...klau tgk kat google, wow sangat ohsem craft-craft yang diorang hasilkan dari jeans terpakai ni...daripada jeans tu dah tak berguna, jadikan something yang banyak gunanya...sehelai selaur jeans boleh buat macam-macam projek diy...contohnye seperti beg, boleh buat apron, boleh jugak buat skirt, eh macam-macam lah..jom kita skodeng kat mr.google..









Ohsem kan kan kan??kalau anda beginner, cuba yang simple-simple dulu...kalau dah otai, semua boleh buat :-D

Tapi gambar tanam pokok dalam seluar tu tak memerlukan skill menjahit pon...saje suka-suki menyelit di situ..

SEKIAN perkongsian kali ini...tq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...