Thursday, August 6, 2015

RENDANG AYAM KUALA KANGSAR STYLE

Tetiba hari ni rasa nak buat entry pasal masakan...boleh kot....suka-suki selit-selit..ok! (-:

Yang saya nak share ni resepi rendang ayam yang turun-temurun keluarga saya sajikan setiap kali merendang..

Kalau kita google resepi rendang ayam ni, macam-macam version ada..sampai kita pon pening nak ikut yang mana satu...

entry saya kali ni nak kata resepi tak resepi sangat la...saya cuma nak share bahan-bahannya dan cara membuatnya (portionnya banyak mana tak pandai nak cerita)...supaya saya yang 'rajin' merendang ni tak lupa asal usul rendang pedas kuale ni...hahaha
kiranya untuk rujukan ku jugak lah tempek kat sini ye...


jangan terkejut tengok serai tu...dh siap potong baru teringat nak snap gambar..
serai, halia, lengkuas ditumbuk menggunakan lesung batu..
halia dan lengkuas tumbuk sampai lumat...
serai tu hiris dulu, kemudian tumbuk kasi pecah-pecah sikit je...
then campak masuk kuali...
ni nama nya masak campak-campak :-P



saya guna kelapa parut...perah untuk dapatkan santannya



bahan wajibnya ialah santan...selalu klau buat seekor ayam, saya beli sebiji kelapa parut..
guna kesemuanya..
dah setel memerah santan, santan nye tu masukkan ke dalam kuali..



bawang dimayang halus..
masukkan ke dalam kuali dan digaul-gaulkan bersama ayam...



kelapa parut ni ambil kira-kira segenggam kemuadian ditumbuk untuk 'memeriahkan' lagi serdak dalam rendang tu nanti...
kelapa parut ni ditumbuk dengan lesung batu...
setelah agak halus, masukkannya ke dalam kuali dan digaul-gaul bersama ayam dan bahan-bahan yang lain...



cili jangan dilupakan...kalau suka pedas letak cili lebih..



daun kunyit dimayang halus jugak...




nampak tak di situ kita boleh nampak ayamnya, santanya, cilinya, bawangnya, kelapa parut yang ditumbuk halusnya, dan bahan-bahan tumbuk yang lain...



kemuadian ditambah pula dengan daun kunyit...



bila dah pasang api, dah gaul-gaulkan, nampak tak rendang dah naik kaler orennya...
jangan lupa perasakan dengan garam ye..




yessss!! dah siap...dah boleh cicah ngan lemang!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...