Friday, August 7, 2015

AL-KISAH SNAP BUTTON


Salam sejahtera semua...

Hari ni nak mengisahkan tentang snap button yang saya guna untuk membutangkan blouse saya..Snap button yang saya gunakan ada 2 jenis..Salah satunya sama seperti gambar di atas ni..PRYM


Ha..inilah dia 2 jenis snap button yang saya gunakan..yang sebelah kanan brand PRYM..guna simple tool je untuk pasang snap button tu..tapi tools tu perlu bantuan hammer..
Yang sebelah kiri pula, gunakan snap button pliers..Korang boleh tengok cara pasang snap button pada gambar-gambar sterusnya..




ok..tools pon dh terkeluar dari sarungnya...silalah perhatikan...



Apa yang saya boleh katakan di sini ialah PRYM is a good quality product...
Kalau baca company profile dia, jumpa perkataan Germany pulak tu...tau dah kan dah barang bagus mesti la harga pon 'bagus' jugak...


So untuk berjimat cermat macam saya ni 1 baju pakai kedua-dua jenis snap button...Bahagian cuff saya letak prym snap button..Bahagian placket saya letak snap button yg kualiti biasa...Nak jimat kan...Pada cuff guna 2 pasang...Pada placket guna 3 pasang..



Tools dari brand PRYM



Begitulah caranya...



Kat belakang set PRYM ni mamang dah ada cara-cara nak guna tools ni...Sangatlah senang and user friendly..
harga RM12 tu ada 10 pasang button sahaja..tapi dapat la tools dia skali...lain kali boleh beli button dia aje...siapa ada jual button gini sila angkat tangan..hihi


Ha...gitulah...kasi hentam sama dia...



kan...siap dah..



tu dia...memang cantik snap button PRYM ni



Dah siap bahagian cuffs..



Now kita kerjakan bahagian placket pulak..Yang jenis pakai pliers ni kena bertenaga sikit...Sebab kita perlu genggam pliers tu sekuat hati supaya snap button lekat elok dan kemas pada placket tu..
Kalau tak cukup kuat, snap button boleh tercabut lah..kain plak rosak berlubang..hihi



ok..tempatkan snap button pada bahagian berwarna putih dan berbentuk bulat tu..



Then..presssssss sekuat hati..



ok siap!
ok je walaupon kualiti biasa...kalau kemas pemasangannya memang tak jadi masalah..
sebenarnya kalau anda perhatikan gambar di atas sana, anda akan perasan yang saiz snap button kiri dan kanan adalah tak sama..
Yang kualiti biasa lebih kecil saiznya..
Kalau kualiti biasa tu ada saiz yang sama macam brand PRYM tu, kan senang...
Sejujurnya saya katakan lebih mudah gunakan tools PRYM berbanding guna pliers..




Alhamdulillah..siap dah semuanya...

OK! selamat mencuba uolls!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...