Wednesday, August 19, 2015

HARIKU BERTUAH


Kak Fadh, Amy nak datang antar kain..

OK datang la...

Amy kluar dah ni...tapi nak bawak anak-anak main playground jap...pukul 9.30 Amy turun..

Orait Amy...

Pagi Isnin...kakak cuti sebab hari Sabtu lepas ada event kat sekolah dia...so hari tu memang tak mengantar kakak ke sekolah la..
Lambat sikit la mengemas rumah sebab mood cuti kan...kikiki nak rehat lebih ler tu..
Nasib baik sempat kemas sebelum Amy datang...bersepah malu ai :-P

Amy datang hantar kain nak buat baju dia n anak dia...
Dah ambil ukuran semua...borak-borak pulak...dah tunjuk kain yang nak dibuat baju...Amy kluarkan lagi 1 kain...ni untuk Kak Fadh katanya..
Kita ni terkejut lah kan...eheh ada kain untuk tailor skali pulak...
Amy kata kain ni dia beli masa gi Vietnam dulu...

Memang dah niat nak bagi Kak Fadh...banyak lagi kain Amy yang tak berjaet kak..yang ni Amy memang nak bagi Kak Fadh...nanti jangan nak diskaun-diskaun upah jahit pulak ye..(refer kes sebelum ni: Amy bagi mannequin free aje sebab dia dh tak nak guna..sebelum ni dia jual kain pasang online...so kita diskaun la upah jahit dia :-D TQ so much Amy)

Ya Allah...Kak Fadh bayar lah kain ni...brape Amy?

Eh tak payah Kak Fadh...ni memang Amy bagi je...

 Alhamdulillah terima kasih Amy...


inilah kain yang Amy bagi tu...cotton ni...i luv cotton...terima kasih Amy..

Dah tu borak-borak lagi...mujur tak terlupa nak bagi Amy stickers Aeon Big...kumpul untuk dapat set pisau macam dalam gambar tu..cantik pisau tu...mula memang berhajat nak kumpul...tp rasa macam tak sempat je...lagipon kita tak la sentiasa shopping kt Aeon Big ni...so baik bagi kat Amy je...Amy dah mengumpul banyak jugak tu..chaiyokk Amy! shopping lagi dan lagi!


Saje nak info...Amy is jiran saya :-D






Friday, August 7, 2015

Blouse bertema FREE PALESTINE

Salam semua...
Hari tu saya cuba buat blouse bertema bendera Palestine..
OK ke? emmm ok lah tu...tuan tanah pakai dah pon..haha
Ciri-ciri utama blouse ni, ia longgar, labuh dengan cutting fishtail, cuffs and wudhu' friendly, dan yang penting nursing friendly jugak..
Nanti kalau free2 saya cuba buat polanya and share kat sini (-:
insyaAllah..






#kitayangbuatdia
#blousepatuhsyariah


AL-KISAH SNAP BUTTON


Salam sejahtera semua...

Hari ni nak mengisahkan tentang snap button yang saya guna untuk membutangkan blouse saya..Snap button yang saya gunakan ada 2 jenis..Salah satunya sama seperti gambar di atas ni..PRYM


Ha..inilah dia 2 jenis snap button yang saya gunakan..yang sebelah kanan brand PRYM..guna simple tool je untuk pasang snap button tu..tapi tools tu perlu bantuan hammer..
Yang sebelah kiri pula, gunakan snap button pliers..Korang boleh tengok cara pasang snap button pada gambar-gambar sterusnya..




ok..tools pon dh terkeluar dari sarungnya...silalah perhatikan...



Apa yang saya boleh katakan di sini ialah PRYM is a good quality product...
Kalau baca company profile dia, jumpa perkataan Germany pulak tu...tau dah kan dah barang bagus mesti la harga pon 'bagus' jugak...


So untuk berjimat cermat macam saya ni 1 baju pakai kedua-dua jenis snap button...Bahagian cuff saya letak prym snap button..Bahagian placket saya letak snap button yg kualiti biasa...Nak jimat kan...Pada cuff guna 2 pasang...Pada placket guna 3 pasang..



Tools dari brand PRYM



Begitulah caranya...



Kat belakang set PRYM ni mamang dah ada cara-cara nak guna tools ni...Sangatlah senang and user friendly..
harga RM12 tu ada 10 pasang button sahaja..tapi dapat la tools dia skali...lain kali boleh beli button dia aje...siapa ada jual button gini sila angkat tangan..hihi


Ha...gitulah...kasi hentam sama dia...



kan...siap dah..



tu dia...memang cantik snap button PRYM ni



Dah siap bahagian cuffs..



Now kita kerjakan bahagian placket pulak..Yang jenis pakai pliers ni kena bertenaga sikit...Sebab kita perlu genggam pliers tu sekuat hati supaya snap button lekat elok dan kemas pada placket tu..
Kalau tak cukup kuat, snap button boleh tercabut lah..kain plak rosak berlubang..hihi



ok..tempatkan snap button pada bahagian berwarna putih dan berbentuk bulat tu..



Then..presssssss sekuat hati..



ok siap!
ok je walaupon kualiti biasa...kalau kemas pemasangannya memang tak jadi masalah..
sebenarnya kalau anda perhatikan gambar di atas sana, anda akan perasan yang saiz snap button kiri dan kanan adalah tak sama..
Yang kualiti biasa lebih kecil saiznya..
Kalau kualiti biasa tu ada saiz yang sama macam brand PRYM tu, kan senang...
Sejujurnya saya katakan lebih mudah gunakan tools PRYM berbanding guna pliers..




Alhamdulillah..siap dah semuanya...

OK! selamat mencuba uolls!





Thursday, August 6, 2015

RENDANG AYAM KUALA KANGSAR STYLE

Tetiba hari ni rasa nak buat entry pasal masakan...boleh kot....suka-suki selit-selit..ok! (-:

Yang saya nak share ni resepi rendang ayam yang turun-temurun keluarga saya sajikan setiap kali merendang..

Kalau kita google resepi rendang ayam ni, macam-macam version ada..sampai kita pon pening nak ikut yang mana satu...

entry saya kali ni nak kata resepi tak resepi sangat la...saya cuma nak share bahan-bahannya dan cara membuatnya (portionnya banyak mana tak pandai nak cerita)...supaya saya yang 'rajin' merendang ni tak lupa asal usul rendang pedas kuale ni...hahaha
kiranya untuk rujukan ku jugak lah tempek kat sini ye...


jangan terkejut tengok serai tu...dh siap potong baru teringat nak snap gambar..
serai, halia, lengkuas ditumbuk menggunakan lesung batu..
halia dan lengkuas tumbuk sampai lumat...
serai tu hiris dulu, kemudian tumbuk kasi pecah-pecah sikit je...
then campak masuk kuali...
ni nama nya masak campak-campak :-P



saya guna kelapa parut...perah untuk dapatkan santannya



bahan wajibnya ialah santan...selalu klau buat seekor ayam, saya beli sebiji kelapa parut..
guna kesemuanya..
dah setel memerah santan, santan nye tu masukkan ke dalam kuali..



bawang dimayang halus..
masukkan ke dalam kuali dan digaul-gaulkan bersama ayam...



kelapa parut ni ambil kira-kira segenggam kemuadian ditumbuk untuk 'memeriahkan' lagi serdak dalam rendang tu nanti...
kelapa parut ni ditumbuk dengan lesung batu...
setelah agak halus, masukkannya ke dalam kuali dan digaul-gaul bersama ayam dan bahan-bahan yang lain...



cili jangan dilupakan...kalau suka pedas letak cili lebih..



daun kunyit dimayang halus jugak...




nampak tak di situ kita boleh nampak ayamnya, santanya, cilinya, bawangnya, kelapa parut yang ditumbuk halusnya, dan bahan-bahan tumbuk yang lain...



kemuadian ditambah pula dengan daun kunyit...



bila dah pasang api, dah gaul-gaulkan, nampak tak rendang dah naik kaler orennya...
jangan lupa perasakan dengan garam ye..




yessss!! dah siap...dah boleh cicah ngan lemang!!


Monday, August 3, 2015

SESEKALI BUAT PROJEK SUKA-SUKI #THROWBACK

haiii all..

Hari ni rasa nak throwback satu projek suka-suki...

Jom tengok gambarnye dulu..




Haaa...ini yang pertama kalinya...buat wristlet

Bahagian poket yang tak sampai separuh tu, untuk letak pen..

So sesuailah wristlet ni untuk letak buku ke, surat-menyurat ke...mcm saya mula-mula dulu letak katelog avon..sbb dulu tu rajin ambik order barang avon dengan kawan-kawan..

Sekarang ni dah tak rajin dah :-P so saya kumpulkan semua sekali buku akaun bank sekeluarga letak dalam beg ni...kan senang nak mencari :-)

Material daripada jeans terpakai...kalau korang ada jeans yg dah tak boleh pakai, janganlah dibuang...boleh buat craft ngan jeans terpakai ni...klau tgk kat google, wow sangat ohsem craft-craft yang diorang hasilkan dari jeans terpakai ni...daripada jeans tu dah tak berguna, jadikan something yang banyak gunanya...sehelai selaur jeans boleh buat macam-macam projek diy...contohnye seperti beg, boleh buat apron, boleh jugak buat skirt, eh macam-macam lah..jom kita skodeng kat mr.google..









Ohsem kan kan kan??kalau anda beginner, cuba yang simple-simple dulu...kalau dah otai, semua boleh buat :-D

Tapi gambar tanam pokok dalam seluar tu tak memerlukan skill menjahit pon...saje suka-suki menyelit di situ..

SEKIAN perkongsian kali ini...tq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...