Tuesday, November 20, 2012

Counting Days

Salam semua...

Pantang oh pantang...Hari ni dah hari yang ke-32. Lagi 12 hari je...genaplah 44 hari pantangku...

Berpantang kali ni agak berbeza dengan yang first dulu. Dari segi kesihatan, Alhamdulillah... badan rasa lebih bertenaga n cergas, tak la selemah masa berpantang zareen dulu. Dah 32 hari ni macam-macam keje dh boleh buat sendiri. Boleh la berdikari sikit...Kalau dulu, semuanya bergantung pada parents. Siap opah ngan maksu pon stay rumah mak, tolong jaga orang berpantang ni :-) TQ semua...jasa kalian tak kan dilupakan.

Disebabkan badan rasa cam cergas je, kali ni cepat sikit balik rumah sendiri. Hari yang ke-20 dh sampai Penang. Walau camne rasa cergas pon, mak tetap escot balik sini. Tolong-tolong mana yang patut.

Terima kasih yang tak terhingga untuk mak n ayah yang bertungkus-lumus menjaga aku n anak-anak semasa dalam pantang. Jaga Zareen, ayah buatkan air daun untuk mandian (sampai 10 hari mandi air daun), ayah gak hari-hari ke pasar cari haruan atau ikan-ikan lain yang orang berpantang boleh makan, masak plak lagi menu dalam pantang, mak basuhkan baju-baju kami, sidai di jemuran, n siap lipatkan lagi, tolong tengok-tengokkan Zara time aku mandi atau makan, siap bakarkan n balut tungku n tak lupa ambilkan daun tuk balut tungku. Pendek kata macam-macam keje la diorang buat untuk kami. Dalam usia emas mereka, Tuhan sajalah yang tahu betapa penatnya menjaga orang dalam pantang. Terima kasih banyak-banyak...Bertuahnya rasa kerana masih punya ibu bapa...Ya Allah Ya Tuhanku...aku mohon kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapaku...

Tak lupa jugak terima kasih pada ibu mertua yang buatkan serunding daging bekalan tuk balik Penang. Pada adik-adik yang turut membantu melayan anak sedara, juga diucapkan terima kasih...TQ semua...love uols so much...LOL


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...