Monday, September 3, 2012

Post dan Cuti Panjang

Cukup seminggu beraya di kampung. Dah seminggu pon balik Seberang Jaya. Masih belum upload gambar baju tempahan lepas raya ni. Sebabnya bercampur-campur sibuk menyiapkan barang-barang baby yang bakal lahir tak lama lagi...dijangka due 23.10.2012.

Debaran nak menyambut anak ke-2 semakin terasa. Perasaan takut bercampur gembira. Tak lama lagi saya akan bercuti panjang. Akan sunyilah blog ni nanti...huhuhu... Harap-harap masih ada yang sudi berkunjung walaupun tiada post-post baru untuk tempoh berpantang tu nanti. Sudi-sudi kan lah menjenguk tip dan tutorial yang sedia ada...

Sekarang ni kandungan saya terasa amatlah sarat. Walaubagaimana pun post terbaru akan saya upload dalam minggu ni. Tak sabar rasanya nak menyiapkan semua tempahan yang ada ni. Lepas tu boleh la relax skit kan..melayan tendangan-tendangan baby dalam perut ni  :-)

Saya harapkan semoga blog ni akan terus 'hidup' dan sedikit sebayak dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang berminat dalam seni jahitan melalui tutorial yang tidaklah sehebat mana pun... :-p


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...