Monday, September 3, 2012

Nak Beli Kain Pasang? Bagaimana Nak Memilih?

Aidilfitri pun dah berlalu. Berbagai-bagai jenis kain dah dijahit untuk customer sempena aidilfitri yang lalu. Menjahit pun ada cabarannya. Bila dapat kain, lihat pada coraknya, macam mana cara terbaik nak memotong kain tu?

Kalau tersilap potong, alamatnya tak cukup lah kain tu untuk sepasang baju. Kadang-kadang bukan silap tukang jahit. Corak pada kain memang main peranan yang cukup besar. So, arini saya nak share tentang corak kain dan saiz badan si pemakai yang perlu berkerjasama antara satu sama lain..

Macam mana kerjasama tu? Kalau dah berkenan dengan corak baju yang jenis berkaki, untuk seseorang yang bersaiz S dan M, insyaAllah tiada masalah untuk tukang jahit berurusan dengan kain yang berukuran 4 meter. Tapi untuk yang bersaiz L dan ke atas, silalah beli 4.25m atau 4.5m supaya tidak terjadi kejadian yang kurang menggembirakan dengan hasil tempahan baju tersebut. Terutama sekali kepada yang nak tempah baju kurung pahang yang dah tentu-tentu pesaknya lebih lebar dari kurung biasa....Untuk kain yang jenis berkaki, kelebaran badan seseorang yang perlu diambil kira.

Untuk kain yang bercorak melintang, ketinggian si pemakai pula main peranan..Jika anda seorang yang berketinggian lebih dari 160cm, dan berbadan agak gempal, belilah kain lebih dari 4meter. Tapi bagi yang nak tempah jubah, pilihan corak melintang adalah terbaik. Jika bidang kain 45" cukup dengan 4m. Jika bidang 60", 3m sudah mencukupi.

SEKIAN...

2 comments:

Apok MikiSeneeyah said...

sgt setuju, sy pun ada terima kain berkaki tp tuan punya gempal, kain 4 mtr jer, timbullah isu tak cukup kain.

bungaEmas Collections said...

:-) sebelum gunting kain customer, jenuh gak la tailor memikir..kan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...