Friday, September 28, 2012

Warna-warni Bantal Baby

Salam semua... Ha...siap sudah bantal untuk baby yang bermacam warna n corak nih...

Pagi tadi teringat nak mencari barut untuk guna dalam pantang nanti. Barut tak jumpa lagi, tapi jumpa bantal-bantal lama Zareen. Tersimpan elok dalam beg...Memandangkan ada kain cotton balance2 buat seluar tidur Zareen dulu, maka terhasillah sarung bantal yang macam-macam warna ni...

Apa reaksi Zareen bila tengok bantal-bantal tu? Dia londeh seluar yang dia tengah pakai tu, masuk bilik, cari seluar yang sedondon dengan bantal mickey mouse tu n pakai. Kemudian excited la ambil bantal mickey mouse tu buat cam bantal dia (memang la bantal dia pon kan...). Cuma akan diwarisi oleh adik dia nanti :-)




Sunday, September 16, 2012

Kurung Moden





::Customer::Nazlian::

Wednesday, September 12, 2012

Kurung Pesak Sutera




::Customer::Nazlian::

Friday, September 7, 2012

Mini Jubah



Lace D'cuff

Thursday, September 6, 2012

Mini Jubah




Monday, September 3, 2012

Nak Beli Kain Pasang? Bagaimana Nak Memilih?

Aidilfitri pun dah berlalu. Berbagai-bagai jenis kain dah dijahit untuk customer sempena aidilfitri yang lalu. Menjahit pun ada cabarannya. Bila dapat kain, lihat pada coraknya, macam mana cara terbaik nak memotong kain tu?

Kalau tersilap potong, alamatnya tak cukup lah kain tu untuk sepasang baju. Kadang-kadang bukan silap tukang jahit. Corak pada kain memang main peranan yang cukup besar. So, arini saya nak share tentang corak kain dan saiz badan si pemakai yang perlu berkerjasama antara satu sama lain..

Macam mana kerjasama tu? Kalau dah berkenan dengan corak baju yang jenis berkaki, untuk seseorang yang bersaiz S dan M, insyaAllah tiada masalah untuk tukang jahit berurusan dengan kain yang berukuran 4 meter. Tapi untuk yang bersaiz L dan ke atas, silalah beli 4.25m atau 4.5m supaya tidak terjadi kejadian yang kurang menggembirakan dengan hasil tempahan baju tersebut. Terutama sekali kepada yang nak tempah baju kurung pahang yang dah tentu-tentu pesaknya lebih lebar dari kurung biasa....Untuk kain yang jenis berkaki, kelebaran badan seseorang yang perlu diambil kira.

Untuk kain yang bercorak melintang, ketinggian si pemakai pula main peranan..Jika anda seorang yang berketinggian lebih dari 160cm, dan berbadan agak gempal, belilah kain lebih dari 4meter. Tapi bagi yang nak tempah jubah, pilihan corak melintang adalah terbaik. Jika bidang kain 45" cukup dengan 4m. Jika bidang 60", 3m sudah mencukupi.

SEKIAN...

Post dan Cuti Panjang

Cukup seminggu beraya di kampung. Dah seminggu pon balik Seberang Jaya. Masih belum upload gambar baju tempahan lepas raya ni. Sebabnya bercampur-campur sibuk menyiapkan barang-barang baby yang bakal lahir tak lama lagi...dijangka due 23.10.2012.

Debaran nak menyambut anak ke-2 semakin terasa. Perasaan takut bercampur gembira. Tak lama lagi saya akan bercuti panjang. Akan sunyilah blog ni nanti...huhuhu... Harap-harap masih ada yang sudi berkunjung walaupun tiada post-post baru untuk tempoh berpantang tu nanti. Sudi-sudi kan lah menjenguk tip dan tutorial yang sedia ada...

Sekarang ni kandungan saya terasa amatlah sarat. Walaubagaimana pun post terbaru akan saya upload dalam minggu ni. Tak sabar rasanya nak menyiapkan semua tempahan yang ada ni. Lepas tu boleh la relax skit kan..melayan tendangan-tendangan baby dalam perut ni  :-)

Saya harapkan semoga blog ni akan terus 'hidup' dan sedikit sebayak dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang berminat dalam seni jahitan melalui tutorial yang tidaklah sehebat mana pun... :-p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...