Thursday, December 27, 2012

My Baby

Salam semua...

Dah lama xpost something @blog nie...Inilah Zara Nur'ain, anak ke 2 now dah berusia 2 bulan.. Fuh...bukan senang rupanya nak buat keje menjahit dengan menjaga si kecil ni serentak. Nampak gaya nye terpaksa ambil masa lama skit untuk siapkan baju-baju tempahan.

Kepada customer2 yang dikasihi, maaf kalau baju anda lewat skit siap :-p kepada yang nak menempah n nak pakai cepat, memang tak dapat ditunaikan buat masa ni...harap maklum ;-)

Thursday, December 6, 2012

Kembali

Salam semua...

bungaemas dah kembali beroperasi...alhamdulillah dah selesai berpantang...kepada yang nak hantar tempahan, silakan...dialu-alukan...  :-)

Tuesday, November 20, 2012

Counting Days

Salam semua...

Pantang oh pantang...Hari ni dah hari yang ke-32. Lagi 12 hari je...genaplah 44 hari pantangku...

Berpantang kali ni agak berbeza dengan yang first dulu. Dari segi kesihatan, Alhamdulillah... badan rasa lebih bertenaga n cergas, tak la selemah masa berpantang zareen dulu. Dah 32 hari ni macam-macam keje dh boleh buat sendiri. Boleh la berdikari sikit...Kalau dulu, semuanya bergantung pada parents. Siap opah ngan maksu pon stay rumah mak, tolong jaga orang berpantang ni :-) TQ semua...jasa kalian tak kan dilupakan.

Disebabkan badan rasa cam cergas je, kali ni cepat sikit balik rumah sendiri. Hari yang ke-20 dh sampai Penang. Walau camne rasa cergas pon, mak tetap escot balik sini. Tolong-tolong mana yang patut.

Terima kasih yang tak terhingga untuk mak n ayah yang bertungkus-lumus menjaga aku n anak-anak semasa dalam pantang. Jaga Zareen, ayah buatkan air daun untuk mandian (sampai 10 hari mandi air daun), ayah gak hari-hari ke pasar cari haruan atau ikan-ikan lain yang orang berpantang boleh makan, masak plak lagi menu dalam pantang, mak basuhkan baju-baju kami, sidai di jemuran, n siap lipatkan lagi, tolong tengok-tengokkan Zara time aku mandi atau makan, siap bakarkan n balut tungku n tak lupa ambilkan daun tuk balut tungku. Pendek kata macam-macam keje la diorang buat untuk kami. Dalam usia emas mereka, Tuhan sajalah yang tahu betapa penatnya menjaga orang dalam pantang. Terima kasih banyak-banyak...Bertuahnya rasa kerana masih punya ibu bapa...Ya Allah Ya Tuhanku...aku mohon kesihatan yang baik untuk kedua ibu bapaku...

Tak lupa jugak terima kasih pada ibu mertua yang buatkan serunding daging bekalan tuk balik Penang. Pada adik-adik yang turut membantu melayan anak sedara, juga diucapkan terima kasih...TQ semua...love uols so much...LOL


Friday, October 5, 2012

Tunggu Masa

Salam...

38 minggu telah berlalu...Hari ni adalah hari pack barang untuk pulang ke kampung, menanti saat-saat kelahiran baby. Rasa macam awal lagi untuk balik kampung. Tapi memandangkan hubby kerja shift, better awal skit balik kampung. Takut terberanak awal plak, tak sanggup nak naik kete jauh-jauh balik kampung lepas bersalin nanti..huhu.

Kerja-kerja menjahit dan mengambil tempahan diberhentikan seketika. Akan disambung semula selepas habis pantang nanti...Kepada customers yang dah pernah menempah pakaian dengan saya, diucapkan jutaan terima kasih 'terima kasih daun keladi, nanti datang la tempah lagi...' 

Kepada customers yang telah menelefon untuk menempah time saya dah sarat ni...maaf ye...lepas habis pantang nanti boleh lah hantar semula....Tunggu update dari saya ye :-)

Semoga dipermudahkan segala urusan dan proses kelahiran bayi kami nanti....Ya Allah, aku mohon keselamatan kami berdua...

Semoga dimurahkan rezeki kami....amin...







Friday, September 28, 2012

Warna-warni Bantal Baby

Salam semua... Ha...siap sudah bantal untuk baby yang bermacam warna n corak nih...

Pagi tadi teringat nak mencari barut untuk guna dalam pantang nanti. Barut tak jumpa lagi, tapi jumpa bantal-bantal lama Zareen. Tersimpan elok dalam beg...Memandangkan ada kain cotton balance2 buat seluar tidur Zareen dulu, maka terhasillah sarung bantal yang macam-macam warna ni...

Apa reaksi Zareen bila tengok bantal-bantal tu? Dia londeh seluar yang dia tengah pakai tu, masuk bilik, cari seluar yang sedondon dengan bantal mickey mouse tu n pakai. Kemudian excited la ambil bantal mickey mouse tu buat cam bantal dia (memang la bantal dia pon kan...). Cuma akan diwarisi oleh adik dia nanti :-)




Sunday, September 16, 2012

Kurung Moden





::Customer::Nazlian::

Wednesday, September 12, 2012

Kurung Pesak Sutera




::Customer::Nazlian::

Friday, September 7, 2012

Mini Jubah



Lace D'cuff

Thursday, September 6, 2012

Mini Jubah




Monday, September 3, 2012

Nak Beli Kain Pasang? Bagaimana Nak Memilih?

Aidilfitri pun dah berlalu. Berbagai-bagai jenis kain dah dijahit untuk customer sempena aidilfitri yang lalu. Menjahit pun ada cabarannya. Bila dapat kain, lihat pada coraknya, macam mana cara terbaik nak memotong kain tu?

Kalau tersilap potong, alamatnya tak cukup lah kain tu untuk sepasang baju. Kadang-kadang bukan silap tukang jahit. Corak pada kain memang main peranan yang cukup besar. So, arini saya nak share tentang corak kain dan saiz badan si pemakai yang perlu berkerjasama antara satu sama lain..

Macam mana kerjasama tu? Kalau dah berkenan dengan corak baju yang jenis berkaki, untuk seseorang yang bersaiz S dan M, insyaAllah tiada masalah untuk tukang jahit berurusan dengan kain yang berukuran 4 meter. Tapi untuk yang bersaiz L dan ke atas, silalah beli 4.25m atau 4.5m supaya tidak terjadi kejadian yang kurang menggembirakan dengan hasil tempahan baju tersebut. Terutama sekali kepada yang nak tempah baju kurung pahang yang dah tentu-tentu pesaknya lebih lebar dari kurung biasa....Untuk kain yang jenis berkaki, kelebaran badan seseorang yang perlu diambil kira.

Untuk kain yang bercorak melintang, ketinggian si pemakai pula main peranan..Jika anda seorang yang berketinggian lebih dari 160cm, dan berbadan agak gempal, belilah kain lebih dari 4meter. Tapi bagi yang nak tempah jubah, pilihan corak melintang adalah terbaik. Jika bidang kain 45" cukup dengan 4m. Jika bidang 60", 3m sudah mencukupi.

SEKIAN...

Post dan Cuti Panjang

Cukup seminggu beraya di kampung. Dah seminggu pon balik Seberang Jaya. Masih belum upload gambar baju tempahan lepas raya ni. Sebabnya bercampur-campur sibuk menyiapkan barang-barang baby yang bakal lahir tak lama lagi...dijangka due 23.10.2012.

Debaran nak menyambut anak ke-2 semakin terasa. Perasaan takut bercampur gembira. Tak lama lagi saya akan bercuti panjang. Akan sunyilah blog ni nanti...huhuhu... Harap-harap masih ada yang sudi berkunjung walaupun tiada post-post baru untuk tempoh berpantang tu nanti. Sudi-sudi kan lah menjenguk tip dan tutorial yang sedia ada...

Sekarang ni kandungan saya terasa amatlah sarat. Walaubagaimana pun post terbaru akan saya upload dalam minggu ni. Tak sabar rasanya nak menyiapkan semua tempahan yang ada ni. Lepas tu boleh la relax skit kan..melayan tendangan-tendangan baby dalam perut ni  :-)

Saya harapkan semoga blog ni akan terus 'hidup' dan sedikit sebayak dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang berminat dalam seni jahitan melalui tutorial yang tidaklah sehebat mana pun... :-p


Saturday, August 18, 2012

Baju Ibu Mengandung



~on last day of Ramadhan~ ini je lah yang sempat disiapkan~

Baju Pakistan Style


~untuk Ayah~ ayah suka pakai baju pakistan style, alhamdulillah tahun ni dpt gak buat untuk ayah :-)

Jubah



~untuk Mak~

Thursday, August 16, 2012

Blouse


~Blouse untuk Opah~

Monday, August 13, 2012

Kurung Moden


::Customer::Maziah::

Kurung Moden



::Customer::Maziah::

Sunday, August 12, 2012

Kebaya Kanak-kanak



::Customer::Noza::

Thursday, August 9, 2012

Jubah


::Customer::Kak Wati::

Tuesday, August 7, 2012

Jubah


::Customer::Najiha::

Monday, August 6, 2012

Kurung Pesak Kanak-kanak


::Customer::Noza::

Kurung Pesak



::Customer::Najiha::

Kurung Pesak


::Customer::Kak Wati::

Friday, August 3, 2012

Kurung Pesak


::Customer::Kak Imah:: ~another 2~

Friday, July 27, 2012

Kurung Pesak



::Customer::Kak Imah:: ~akan ada 2 pasang lagi yang sama macam nie..smua skali 3 pasang sedondon...doakan saya diberi nikmat kesihatan ye kawan2..skrg ni tgh batuk selsema~

Tuesday, July 24, 2012

Kurung Pesak Gantung



::Customer::Ila::

Friday, July 20, 2012

Batu di Baju?


~batu hasil dari memotong sehelai baju..kena kopek dengan hati-hati...nnt rosak plak baju org..klau xsilap, 48 biji semuanya~

Kurung Pesak Lis



::Customer::Ila::

Wednesday, July 18, 2012

Monday, July 16, 2012

Kurung Pesak Lis



::Customer::Ida::

Friday, July 13, 2012

Selesai Memotong


~dapat potong 4 pasang masa kat kg aritu...dh sampai sbrg jaya...LET'S DO IT!

Kurung Pesak



::Customer::Mak Lang::

Thursday, July 5, 2012

Kurung Moden




::Customer::Hani::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...