Sunday, October 9, 2011

Belajar Menjahit, Episod: Memasang Bias Tape

Kali ni saya nak kongsikan bagaimana teknik-teknik nak pasang bias tape pada baju..ENJOY...
Bahan-bahannya...

Warna benang atas adalah yang sedondon dengan bias tape. Warna benang bawah adalah yang berbeza dengan warna kain.

Yang sedondon...



Yang berbeza...


Beginilah kedudukan permulaan..

Teruskan menjahit. Pastikan anda menjahit di tengah-tengah bias tape yang dilipat.

Beginilah keadaannya menjahit diatas bias tape yang dilipat separuh.

Bias tape ni dijahit atas badan baju..dah siap jahit, jom cantumkan dengan pesak+lengan.

Jagan lupa tukar kembali benang bawah kepada warna yang sama dengan benang atas.

Sematkan jarum-jarum peniti..jom start mencantum..

Benang warna yang berbeza tadi kedudukannya di atas..

Mudah kan? Jahit je ikut landasan benang tu...

Dah siap..

Wajib lah di'iron' kan..

Pasti anda akan dapat hasil yang memuaskan... Let's try this at home :) JUMPA LAGI!!!


2 comments:

Anonymous said...

tq.bgus tutorial ni.ada x tutorial kebaya tradisional?kbaya yg ada lipat kt dpn tu.kalo blh tlg la ajar

bungaEmas Collections said...

kebaya yang sangat tradisional tu saya x brape expert. sorry...klau satu hari nanti saya dah confident, InsyaAllah akan post tutorial..TQ

Post a Comment