Sunday, February 27, 2011

Tutorial: Cara-cara Menjahit Baju Ibu Mengandung

1. Bahagian lengan. 2. Bahagian belakang. 3. Bahagian depan atas. 4. Bahagian depan bawah (lebarnya dilebihkan 4inci untuk sedikit kedutan)

Mula menjahit tepi


Bahagian belakang yg telah dicantum dengan bahagian depan atas.

Bahagian belakang dipasang dengan zip sembunyi.

Bahagian depan bawah dijahit kasar pada bahagian atasnya, benang jahitan kasar tersebut akan ditarik untuk menghasilkan kedutan...

Cantumkan bahagian depan atas dengan bahagian depan bawah.

Sediakan interfacing berbentuk leher baju, kemudian iron pada sekeping kain (kain lebihan baju).

Bahagian tengahnya dipotong. Tinggalkan basi jahitan sebanyak 1/2inci.

Jahit pada sekeliling leher baju.

Setelah siap, beginilah hasilnya bentuk leher baju ini.

Test jap..belum siap lagi ni..

Cantumkan tepi badan baju.

Kemudian cantum lengannya..

Test lagi..ok x?


Oh ya..masa cantum badan baju, jangan lupa dijahit sekali bersama tali belakang ni ye..


Bahan-bahan untuk membuat cuff..just follow the step below..





Cara nak kedutkan hujung tangan tu sama dengan cara kedutkan bahagian depan bawah badan baju.

Dah siap!

Pandangan sisi.

Pandangan belakang.

25 comments:

shafida said...

cantiknye....jeles saya lah..saya nk sangat pandai menjahit,sekurang2ny ngadungnie bleh wat sendri..p asas pn xtahu...xpenah pegang mesin pun

bungaEmas Collections said...

TQ...klau awak minat, boleh belajar. bagus ada keinginan..slalunye keinginan tu la yang buat kita 'boleh buat'..klau x leh gak,nak wat camne...terpaksa la tempah..hehe :P

juliana said...

berapa meter biasanya untuk sehelai baju mengandung ye?

Anonymous said...

salam..cantik..tkde pola ke?teringin gak nak buat

bungaEmas Collections said...

Juliana: 2 meter je..cukup utk buat sehelai baju..

bungaEmas Collections said...

Pola belum ada lg la cik...InsyaAllah nanti-nanti saya buat tutorial tuk pola...tunggu ye..TQ

bungaEmas Collections said...

Tutorial pola available here!!check ya..

iera-luv craft said...

cantikla,awk..jeles sy..nk wat sendiri jgk,tgk preggy ni...tp mcm xfhm..susah jer..hmm...sedey...

bungaEmas Collections said...

:) cuba tgk pola dlu...bila dh siap pola baru senang nak potong kain...toturial cara jahit baju ni, saya akan update skit..check ya..

Idayu Yusoff said...

cantikla..nti saya nak cuba buat.skrg pun tgh pregnant.terima kasih eh sbb berkongsi.moga murah rezeki awak. =)

bungaEmas Collections said...

TQ :)

liyana said...

salam....jumpa dah!!!tp mcm mne nk buat neh....biase sy gune ktas dulu...hohhi.

bungaEmas Collections said...

silalah tgk tutorial yg sy post on april 13, 2012 tu ye...tutorial tentang pola..TQ

Anonymous said...

terima kasih byk2 puan.. cara wat cuff tu sgt2 membantu saya alter baju sekolah anak.. mudah2an Allah murahkan rezeki puan sekeluarga..

bungaEmas Collections said...

:-) terima kasih. mudah mudahan sama2 dimurahkan rezeki...

Anonymous said...

saya kurang faham cara wat cuff tu la. mcm mana nak kemaskan tepi2 nya?

bungaEmas Collections said...

tepi yang sebelah mana ye?cuba perhatikan gambar-gambar cara nak buat cuff tu satu persatu. nak hasilkan cuff yang kemas, sebelum diterbalikkan ke arah yang betul semula, seam allowance pada penjuru cuff perlu potong(buang) hampir dgn jahitan. dan pastikan seam allowance pada kiri,kanan dan atas hanya berukuran 0.5" sahaja. kalau yang itu maksud soalan awak tu, seingat saya mmg saya tak snap gambar potongan bahagian penjuru tu..

Anonymous said...

kak, kain bahagian belakang kena lebihkan berapa inci untuk jait zip sorok?kita buat belah sampai ke bawah ya?

bungaEmas Collections said...

yup belah sampai bawah,lebihkan 1 inci untuk zip sembunyi tu

fazliana said...

gud info..bleh try ni..thanks for sharing

bungaEmas Collections said...

wlcm... =)

Karisma Izzah said...

Assalaam...Terima kasih atas tutorialnya...bertambah ilmu bermanfaat.. ade soalan nak tanya...berapa ukuran lebar cuff tu? biasanya berapa standard ukuran pergelangan tangan untuk cuff saiz S-5XL?

bungaEmas Collections said...

wslm..sorry sis..setakat ni sy hanya buat custom made..ukuran cuff mengikut saiz pergelangan tangan customer :-)

mazliza md ali said...

Salam.. tq so much sis.. berapa panjang tali ikat belakang tu yer..

bungaEmas Collections said...

saya buat 30inci

Post a Comment